Labels

Selasa, 5 Februari 2013

Sumbangan Pembinaan Batu Tanda

Batu tanda Taman Mulia Jaya masih dalam pembinaan. Batu tanda ini akan menjadi mercu tanda Taman Mulia Jaya dan memudahkan  orang ramai mencari rumah teres Taman Mulia Jaya. Kepada penduduk yang ingin memberi sumbangan boleh mengisi borang yang dilampirkan

Borang Sumbangan

Ahad, 20 Januari 2013

Gotong-royong Membina Tanda Taman






Hari ini 20 Jan 2013 JK dan penduduk taman telah mengadakan gotong-royong membina tanda nama taman.

Ahad, 25 November 2012

4 sawa jadi ‘pengapit’

AMPANG: Empat ular sawa mengiringi perarakan sepasang pengantin baru pada majlis persandingan mereka di Kondominium Tiara Ampang, Jalan Ampang, di sini, semalam.
Kehadiran binatang itu memberi kelainan pada majlis perkahwinan Mohd Azrif Mohd Tarmizi, 25, dan pasangannya, Azzilah Samat, 25.

Selain ular sawa, turut dibawa pada majlis perkahwinan yang dihadiri kira-kira 2,000 tetamu itu ialah seekor burung kakak tua.
Semua binatang itu dibawa dari ladang pembiakan haiwan eksotik milik keluarga berkenaan di Pangsun, Hulu Langat.

Azzilah ketika ditemui berkata, dia sengaja memilih tema itu untuk diabadikan sebagai kenangan terindah sepanjang hayat malah suaminya diberitahu pada saat-saat akhir.

Khamis, 22 November 2012

Mesyuarat JKP Bil 2

Mesyuarat akan diadakan 
Tarikh: 27 Nov 2012
Masa: 9.00 malam
Tempat: Dewan Taman Mulia Jaya

Rabu, 21 November 2012

Dua maut diserang

AMPANG JAYA: Dua lelaki maut manakala seorang lagi cedera parah akibat diserang kira-kira 10 lelaki bersenjatakan parang di Kampung Ampang Campuran di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, mangsa dikatakan sedang berkumpul bersama empat lagi rakan di taman permainan kanak-kanak, di Jalan Ikan Jelawat 6, di situ, apabila sebuah kereta Proton Waja serta empat motosikal berhenti menghampiri mereka dan kira-kira 10 lelaki tiba-tiba keluar lalu menyerang mereka bertujuh.

Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, seorang mangsa mati di tempat kejadian manakala seorang lagi mati kira-kira jam 10 malam di Hospital Ampang (HA).

Sumber: Harian Metro