Labels

Rabu, 21 November 2012

Dua maut diserang

AMPANG JAYA: Dua lelaki maut manakala seorang lagi cedera parah akibat diserang kira-kira 10 lelaki bersenjatakan parang di Kampung Ampang Campuran di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, mangsa dikatakan sedang berkumpul bersama empat lagi rakan di taman permainan kanak-kanak, di Jalan Ikan Jelawat 6, di situ, apabila sebuah kereta Proton Waja serta empat motosikal berhenti menghampiri mereka dan kira-kira 10 lelaki tiba-tiba keluar lalu menyerang mereka bertujuh.

Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, seorang mangsa mati di tempat kejadian manakala seorang lagi mati kira-kira jam 10 malam di Hospital Ampang (HA).

Sumber: Harian Metro

0 ulasan:

Catat Ulasan